Saturday 20 April 2024

KENA MAKAN “MUGO”

 
Budak ini memerhati buah betik miliknya telah rosak dimakan sesuatu. Kata ayahnya: “Kena makan mugo”
 
Itu satu ayat kenyataan, memberitahu atau penegasan mengenai sesuatu, terutama buah yang telah rosak.
 
Di Kelantan memang perkataan 'mugo' kerap digunakan. Siapa atau apakah 'mugo'?
 
Mugo sebenar merujuk sesuatu yang tidak jelas, tidak pasti atau tidak diketahui.
 
Contohnya, buah-buahan yang rosak dimakan oleh haiwan biasanya akan dikatakan dimakan oleh mugo. Itu bermaksud dimakan oleh mungkin kelawa, musang, tikus, burung dan sebagainya.
 
Mugo juga merujuk kepada sesuatu kuasa mistik yang tidak pasti seperti hantu, jembalang, polong dan sebagainya.
 
Jika dikatakan mugo kepala hitam pula dirujuk kepada perbuatan dilakukan oleh manusia yang tidak dikenali atau satu cara untuk menyembunyikan identiti seseorang.