Monday 23 May 2016

BUAH BIDARA KERING DIPANGGIL KURMA CINA

Buah bidara yang terdapat di pasaran biasanya dalam bentuk segar. Rasa bidara enak, manis dan lebih rangup daripada epal hijau. 

Namun ada juga bidara dalam bentuk yang telah dikeringkan. Buah bidara kering juga dikenali kurma merah di kalangan penduduk Kelantan (mungkin juga di tempat lain) atau kurma cina.  

Dipercayai buah bidara kaya khasiat, manfaat dan kebaikan kepada sesiapa amal makan secara berterusan. 

Ianya berkhasiat dan kaya dengan vitamin C. Kedudukan kandungan vitamin C di dalam buah bidara adalah lebih tinggi dari limau atau epal. Buah bidara juga adalah sumber terbaik karotena, vitamin A dan C dan minyak lemak. 

Buah bidara kering boleh dimakan terus atau direbus dengan campuran beberapa bahan lain seperti biji selasih, kembang semangkuk, kundur, biji lotus dan sebagainya untuk dijadikan laici kang. 

Kalau tanpa campuran bahan lain pun sudah memadai buah bidara kering sahaja. Ia amat baik untuk menyejukkan badan.

Buah bidara yang kering boleh digunakan sebagai julap ringan. Buah bidara juga boleh dibuat makanan bertepung, mentega atau pes seperti cheese dan digunakan sebagai perasa. 

Ianya juga digunakan untuk membuat gula-gula dan jeruk.

No comments:

Post a Comment