Saturday 20 January 2018

TANAM ANGGUR TIDAK SUKAR

Buah anggur atau jabit dikenali buah import. Buah kegemaran ramai itu tidak ditanam di Malaysia kerana tidak sesuai dengan cuaca hujan dan lembab. Pokok anggur mudah rosak jika mendapat kadar hujan yang banyak.

Namun sekarang ini, siapa sangka, anggur yang dahulunya agak mustahil ditanam di Malaysia, kini menjadi satu tanaman komersial mahupun sekadar hobi di laman rumah.

Sebenarnya, tanaman anggur menjadi mudah jika mempunyai pengetahuan dalam menguruskannya. Sekarang tidak sukar untuk mempelajarinya kerana banyak panduan di internet.

Pokok anggur yang telah matang berbuah sepanjang tahun kerana ia bukan jenis pokok bermusim. Bagaimanapun, ia berbuah ikut peringkat atau serentak. Biasanya ia berbuah sebanyak empat 'pusingan' setahun.

Pokok anggur yang ditanam di laman rumah pasti mendapat perhatian ramai. Pertama kerana gugusan buahnya memang menarik. Keduanya kerana ia mungkin kali pertama melihatnya bagi kebanyakan orang di Malaysia.

Baka anggur sekarang ada dijual di kebanyakan penjual anak bunga dan pengusaha anak benih anggur. Penyediaan anak benih anggur tidak sukar kerana menggunakan keratan batang.

Memandangkan anggur 'pantang' kena banyak hujan, perlu disediakan pondok khas untuk mengelak disirami banyak hujan.

Pun, begitu anggur juga perlukan cahaya matahari untuk proses fotosintesis. Maka itu, penggunaan plastik lutsinar adalah cara terbaik.

No comments:

Post a Comment